Perbandingan Takaful dan Isurans

Kebanyakan daripada kita beranggapan bahawa insurans dan takaful adalah sama. Ada pula yang beranggapan ..... 'alaa... insurans tu cakap orang putih, takaful tu pulak bahasa Arab, sama jer'... Ada pula beranggapan bahawa 'insuran bayaran bulanannya murah, takaful ni mahal lah'... Jadi sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita fahami konsep takaful dan insurans konvensional.


Perbandingan Takaful dan Insurans


Konsep Takaful
Takaful berasal dari perkataan al Kafala (Jamin) atau di dalam bahasa Melayu nya jamin-menjamin.
Dari segi syara' ia membawa erti sebagai jamin-menjamin atau bantu membantu.

Ciri Utama TAKAFUL
a. Sistem berasaskan Islam
b. Sumbangan Tabarru' (Tabung)
c. Pelaburan yang berasaskan syariah
d. Mempunyai jawatankuasa syariah
e. Tiada unsur Riba
f. Tiada unsur Judi (Maisir)
g. Tiada unsur yang tidak pasti (gharar)
h. al Mudharabah (perkongsian untung)

Sistem Islam
Mengamalkan konsep Islam iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik'

Surah al Maidah ayat 2 yang bermaksud 
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.

Konsep al Tabarru'
Al Tabarru’ bolehlah diertikan sebagai suatu bentuk derma Ikhlas yang diberikan oleh satu pihak sahaja dengan tidak meminta pertukaran atau balasan daripada pihak yang lain. Ianya dianggap sebagai amalan terpuji di dalam Islam kerana terlalu banyak manfaat yang bakal diperolehi dengan syarat ianya mesti disertakan dengan niat yang Ikhlas. 

Al Tabarru’ dalam aplikasi Takaful lebih menjuruskan sumbangan para peserta Takaful di dalam satu Dana Khas di mana dana tersebut berfungsi untuk menyumbangkan bantuan sumbangan kepada mana-mana peserta yang ditimpa musibah.   Dalam hal ini, sumbangan Tabarru’ yang telah disumbangkan itu tidak boleh ditarik balik oleh peserta kerana ianya merupakan sumbangan yang telah didermakan. Keunikan Dana Tabarru’ ini ialah ianya berfungsi untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah sebagaimana yang telah dipersetujui.

Sumbangan Tabarru’ tersebut berperanan sebagai sumbangan amal jariah yang sangat-sangat istimewa di dalam Islam.  Tiada istilah ’wang hangus’ diutarakan kerana ianya wang derma yang bakal diganjari jika disertakan dengan niat yang Ikhlas.

Surah al Baqarah ayat 254 bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim."

Kesimpulannya, kita boleh mengaplikasikan konsep Tabarru’ itu melalui penglibatan kita sebagai peserta Takaful. Semoga harta yang kita peruntukkan sebagai sumbangan Takaful itu menjadi hujjah di hadapan Allah kelak sebagai harta yang diredhaiNya.

Tiada Unsur Riba/Ketidakpastian/Judi
Ini adalah syarat utama di dalam kewangan Islam dan Takaful. Syarikat insurans tidak mengambilkira kepatuhan syariah kerana matlamat mereka adalah untuk memaksimakan keuntungan. Premium yang dibayar kepada syarikat insurans akan dilaburkan ke dalam instrumen kewangan perbankan bukan islamik, syarikat-syarikat perjudian, hiburan dan apa saja yang memberikan pulangan yang tinggi. Ini menjadikan hasil yang diterima oleh syarikat insurans berbentuk ketidakpastian, bercampuraduk dengan hasil yang haram.

Dengan keuntungan yang tinggi dari syarikat-syarikat tidak patuh syariah inilah maka syarikat insurans konvensional mampu memberikan pampasan yang tinggi kepada para pemegang polisi.

Disamping itu, syarikat insurans juga memberikan pinjaman jangka pendek kepada pemegang polisi dengan mengenakan bunga yang berpatutan. Bunga ini dikira RIBA dan diharamkan oleh Islam.

Perkongsian Untung
Perkongsian untung dinyatakan di dalam aqad di dalam bentuk peratusan samada 80:20, 60:40 dan sebagainya. 

Kelebihan Menyertai takaful
a. Bantu-membantu sesama ummah melalui konsep tabungan (tabarru')
b. Meningkatkan ekonomi Islam
c. Pahala mengutamakan perintah Allah Azzawajalla dan jihad ekonomi disebabkan
    meninggalkan sistem konvensional, mengutamakan kewangan Islam dan sanggup
    meninggalkan keuntungan lebih besar yang ditawarkan oleh insurans konvensional 
d. Pahala kebajikan disebabkan ingin membantu orang lain
e. Caruman bulanan dilaburkan ke kaunter-kaunter patuh syariah
f. Boleh mengeluarkan duit tanpa faedah (tiada riba)
g. Syarikat pengendali Takaful membayar zakat
h. Menjadi jariah sedekah apabila kita mati di alam kubur kerana membantu orang lain

Berikut adalah keputusan pihak JAKIM berhubung polisi insurans dari syarikat konvensional